/span>

Monday 16 April 2012

TEKNIK MENGAJAR KV+KVK


Mengajar Murid Kuasai Kemahiran KV+KVK

Salam sejahtera..
Semoga keadaan anda pada hari ini lebih baik daripada hari semalam. Saya sentiasa mendoakan kesejahteraan anda tidak kira siapa dan di mana anda berada, kenal atau tidak, tua atau muda, semoga anda kekalkan ‘mood’ ceria sepanjang masa dan melakukan ibadah kepada yang memerlukan..
Hari ini kita akan kongsi sedikit ilmu bagaimana mengajar murid menguasai kemahiran KV + KVK. Imbas kembali, jika sebelum ini kita telah mengajar murid kuasai kemahiran mengenal abjad, suku kata KV dan KVK. Maka, pelajaran hari ini adalah kesinambungan daripada kemahiran sebelum ini.
Bahan yang sekurang-kurangnya guru mesti ada adalah seperti yang berikut ;
  • kad suku kata KV
  • Kad suku kata KVK
  • Kad imbasan bergambar
  • lembaran kerja 1 – Padan suku kata KV dan KVK bagi membentuk perkataan bermakna. (10 isi latihan)
  • Lembaran kerja 2 – Padankan perkataan KV+KVK dengan gambar yang sesuai. (10 isi latihan)
  • permainan berunsur pendidikan. (Puzzle suku kata KV+KVK , Dam suku kata KVK, Pancing Perkataan dan lain-lain permainan yang bersesuaian)
TIPS MENGAJAR :
  • Tunjukkan kad suku kata KV dan KVK secara berasingan.
  • Rangsang minda murid untuk sebut suku kata.
  • Kemudian, rangsang minda murid untuk cantum suku kata bagi membentuk perkataan bermakna.
  • Guru berikan contoh - KI+PAS = KIPAS
  • Murid lakukan aktiviti ’4′ secara berulang-ulang.
  • Uji kefahaman murid. Tunjukkan gambar dan minta murid cari kad dan cantum suku kata membentuk perkataan.
  • Uji keupayaan taakul murid – guru sebut dan murid tulis dalam buku latihan
  • Edarkan lembaran kerja 1 dan 2. Beri murid 15 minit untuk siapkan.
  • Bincangkan jawapan secara keseluruhan.
  • Betulkan segera kesalahan murid jika ada.
  • Berikan murid bermain dengan permainan yang disediakan selama 15 minit.
  • Di akhir sesi, rangsang minda murid akan perkataan yang telah mereka pelajari.
  • Rangsang minda murid untuk memberikan contoh lain bagi suku kata KV+KVK.
Kemahiran ini memakan masa dua minggu untuk dikuasai oleh murid pemulihan. Latihan yang berterusan dan pengulangan setiap hari kemahiran ini dapat membantu murid lebih menguasai.
Setelah menguasai kemhiran ini, guru boleh memindah kepada kemahiran membaca rangkai kata KV + KVK dan cantum suku kata KVK + KV menjadi perkataan bermakna. Contohnya,KVK+KV = LAM+PU = LAMPU.
Mengajar Pemulihan memerlukan ketekunan dan kesabaran. Ada kalanya, murid akan ‘buat perangai’ dalam kelas. Tetapi itu adalah sifat seorang kanak-kanak. Jadi, guru tidak perlu terlalu garang dan jangan kerap memarahi murid.
Sekiranya dalam tempoh 2 minggu murid masih tidak kuasai kemahiran ini, guru jangan panik kerana ia bukanlah masalah yang terlalu rumit. Teruskan mengajar dan ulang kemahiran yang sama sehingga murid benar-benar mahir.

4 comments:

  1. Bagus artikelni. Boleh dijadikan
    panduan untuk mengajar anak saya yang berumur empat tahun membaca.

    ReplyDelete
  2. Wah, banyak tips yang saya peroleh daripada blog ini. Terima kasih kerana membangunkannya.

    ReplyDelete
  3. Saya juga ada anak berumur lima tahun yang baru belajar membaca.Bolehlah saya mencuba tips tersebut.

    ReplyDelete
  4. Suka sangat dengan info tersebut.

    ReplyDelete