/span>

Monday 16 April 2012

SUKU KATA KVKVK


                                 Gambar  kotak kado , box hantaran, boxs perhiasan                                                               kotak



              

                   pokok


           
                  betik



          

                   tikus


                       

                  
                    ketam                







SUKU KATA KVK+KV

                                                     

LATIHAN KVK+KV

                                                 



TEKNIK MENGAJAR KV+KVK


Mengajar Murid Kuasai Kemahiran KV+KVK

Salam sejahtera..
Semoga keadaan anda pada hari ini lebih baik daripada hari semalam. Saya sentiasa mendoakan kesejahteraan anda tidak kira siapa dan di mana anda berada, kenal atau tidak, tua atau muda, semoga anda kekalkan ‘mood’ ceria sepanjang masa dan melakukan ibadah kepada yang memerlukan..
Hari ini kita akan kongsi sedikit ilmu bagaimana mengajar murid menguasai kemahiran KV + KVK. Imbas kembali, jika sebelum ini kita telah mengajar murid kuasai kemahiran mengenal abjad, suku kata KV dan KVK. Maka, pelajaran hari ini adalah kesinambungan daripada kemahiran sebelum ini.
Bahan yang sekurang-kurangnya guru mesti ada adalah seperti yang berikut ;
  • kad suku kata KV
  • Kad suku kata KVK
  • Kad imbasan bergambar
  • lembaran kerja 1 – Padan suku kata KV dan KVK bagi membentuk perkataan bermakna. (10 isi latihan)
  • Lembaran kerja 2 – Padankan perkataan KV+KVK dengan gambar yang sesuai. (10 isi latihan)
  • permainan berunsur pendidikan. (Puzzle suku kata KV+KVK , Dam suku kata KVK, Pancing Perkataan dan lain-lain permainan yang bersesuaian)
TIPS MENGAJAR :
  • Tunjukkan kad suku kata KV dan KVK secara berasingan.
  • Rangsang minda murid untuk sebut suku kata.
  • Kemudian, rangsang minda murid untuk cantum suku kata bagi membentuk perkataan bermakna.
  • Guru berikan contoh - KI+PAS = KIPAS
  • Murid lakukan aktiviti ’4′ secara berulang-ulang.
  • Uji kefahaman murid. Tunjukkan gambar dan minta murid cari kad dan cantum suku kata membentuk perkataan.
  • Uji keupayaan taakul murid – guru sebut dan murid tulis dalam buku latihan
  • Edarkan lembaran kerja 1 dan 2. Beri murid 15 minit untuk siapkan.
  • Bincangkan jawapan secara keseluruhan.
  • Betulkan segera kesalahan murid jika ada.
  • Berikan murid bermain dengan permainan yang disediakan selama 15 minit.
  • Di akhir sesi, rangsang minda murid akan perkataan yang telah mereka pelajari.
  • Rangsang minda murid untuk memberikan contoh lain bagi suku kata KV+KVK.
Kemahiran ini memakan masa dua minggu untuk dikuasai oleh murid pemulihan. Latihan yang berterusan dan pengulangan setiap hari kemahiran ini dapat membantu murid lebih menguasai.
Setelah menguasai kemhiran ini, guru boleh memindah kepada kemahiran membaca rangkai kata KV + KVK dan cantum suku kata KVK + KV menjadi perkataan bermakna. Contohnya,KVK+KV = LAM+PU = LAMPU.
Mengajar Pemulihan memerlukan ketekunan dan kesabaran. Ada kalanya, murid akan ‘buat perangai’ dalam kelas. Tetapi itu adalah sifat seorang kanak-kanak. Jadi, guru tidak perlu terlalu garang dan jangan kerap memarahi murid.
Sekiranya dalam tempoh 2 minggu murid masih tidak kuasai kemahiran ini, guru jangan panik kerana ia bukanlah masalah yang terlalu rumit. Teruskan mengajar dan ulang kemahiran yang sama sehingga murid benar-benar mahir.

Tuesday 10 April 2012

SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH


Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah


Pengenalan
Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dibangunkan bagi kemasukan prestasi murid berlandaskan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Sistem ini dibangunkan secara atas talian.

Keperluan SistemSPPBS boleh dicapai menerusi http://apps.moe.gov.my/sppbs
Keperluan perisian untuk mencapai sistem SPPBS adalah:

i. Pelayar Laman Web
-Internet Explorer versi 7.0 ke atas
-Mozilla Firefox
ii. Adobe Acrobat Reader (PDF Reader)

Keterangan Umum SPPBSBerikut merupakan gambarajah proses kerja utama sistem SPPBS.



Klik pada gambar untuk paparan lebih besar


Manual Pengguna Untuk DimuatturunManual Pengguna Sistem Pengurusan PBS yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia boleh di muat turun melalui pautan berikut:

-Manual Untuk Setiausaha Peperiksaan (Klik untuk Download)
-Manual Untuk Guru Mata Pelajaran (Klik untuk Download)
-Manual Untuk Guru Guru Besar/Penolong (Klik untuk Download)
-Manual Untuk Guru Guru Besar/Penolong sebagai Guru Mata Pelajaran (Klik untuk Download)

Sunday 8 April 2012

Teknik Didik Anak Membaca


Teknik Didik Anak MembacaPDFPrintE-mail
Bersama Othman Ahamad
Penulis Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dan ReadEasy
 
Bolehkah anak berusia 15 bulan membaca? Apa pandangan anda? Mustahil bukan? Tetapi pada usia inilah anak anda perlu dilatih untuk mula mempunyai minat untuk membaca supaya pada usia 3 tahun nanti mereka bersedia untuk membaca.
Pada mulanya anak-anak kecil ini lebih berminat dengan warna buku, pergerakan kertas yang diselak, bunyi bising kertas dan suara lucu anda. Bagaimanapun, sambil anda bercakap dan membaca, mereka akan melihat pergerakan jari telunjuk anda dan mula melihat warna, bentuk dan corak gambar dan teks yang dibacakan.

 
Sedikit demi sedikit bentuk dan corak tersebut menjadi lebih jelas dan biasa dengan mereka. Seterusnya mereka akan mengaitkan bentuk-bentuk tertentu dengan bunyi-bunyi tertentu. Biasanya mereka akan membalik-balikkan muka surat yang dibaca, menunjuk-nunjuk benda yang telah biasa dilihat dan kadang kala mendengar apa yang diceritakan dan mengikut bersama bercerita dengan bahasanya sendiri. Melalui bukulah, kanak-kanak dapat membina bahasa, belajar mendengar, memahami dan bercakap dan menggalakkan komunikasi. Buku juga bukan sahaja dapat meluaskan imaginasi dan pengalaman mereka tetapi juga membantu mereka memahami situasi dan cara orang disekelilingnya berinteraksi.
Oleh itu ibu bapa bukan sahaja perlu bijak memilih buku yang sesuai tetapi juga pandai menggunakan buku untuk merangsang minat membaca kepada anak-anak kecil.
Pada awalnya, pilihlah buku yang mempunyai ilustrasi binatang seperti kucing, ikan, ayam dan sebagainya, objek yang dekat dengannya seperti baju, kasut, sikat, dan sebagainya yang jelas, besar dan berwarna warni.Bercakaplah mengenai benda-benda di dalam buku tersebut seperti warna, bentuk, bunyi berkaitan dan kegunaannya. Namakan benda atau objek yang dilihat dengan sebutan yang jelas. Buku-buku yang interaktif dalam konteks ada bahagian gambar yang boleh ditarik, ditekan, diselak sangat menarik minat kanak-kanak supaya terlibat secara langsung dalam sesi membaca. Rangsang minat anak anda dengan menggalakkan mereka menarik, menekan, mencungkil dan menyentuh bahagian-bahagian tersebut. Jangan terlalu sayangkan buku sehingga mereka tidak dapat menyentuhnya. Aktiviti-aktiviti sebeginilah yang akan menjadikan mereka lebih berminat dengan buku dan merangsang otak mereka.
Seterusnya dapatkan buku-buku nursery rhymes dengan kisah-kisah lama yang menarik dan penuh dengan hiburan dan pengajaran. Lagu-lagu yang dikaitkan dalam cerita-cerita ini dapat menarik minat mereka kepada buku dan seterusnya kepada cerita-cerita yang berlagu ini.Beberapa cadangan berikut mungkin dapat membantu anda menarik minat mereka kepada buku.
  1. Adakan sesi membaca bersama-sama. Bacakan buku sambil mendakap mereka.
  2. Bercerita dengan penuh emosi dan minat. Bunyikan bunyi binatang yang dilihat dengan bersungguh-sungguh dan 'real'.
  3. Libatkan aksi dan pergerakan , contohnya menggerakkan tangan seperti belalai gajah apabila bercerita.
  4. Tanyakan soalan-soalan seperti berikut:
    1. eh besarnya bola ini. Ani suka bola?
    2. Yang mana satu sudu yang Amir suka?
    3. Apa yang warna biru tu?
    4. Apa jadi selepas ini?
  5. Bercerita dengan bahasa yang mudah. Contohnya: " Ini kucing. Bunyi kucing 'meow' 'meow' 'meow'. Kucing suka makan ikan"
  6. Untuk sesi membaca atau bercerita bersama, lakukan beberapa cadangan berikut:
    1. minta anak anda mencari muka surat pertama atau permulaan cerita.
    2. sambil membaca, tunjukkan teks perkataan yang dibacakan. Ini akan membantu anak itu memahami arah pergerakan apabila membaca dan memahami secara tidak langsung bahawa teks perkataan penting dalam cerita yang dibacakan, bukan hanya gambar-gambar.
    3. minta anak anda membalikkan muka surat untuk anda.
    4. tokok tambahkan cerita yang dibacakan dengan maklumat lain supaya mereka lebih faham.
    5. tanyakan kepada mereka apa yang terjadi selepas ini.
    6. apabila mereka telah biasa dengan cerita yang dibacakan, minta mereka ceritakan kembali cerita tersebut.
Apabila kanak-kanak sudah mula jinak dengan buku-buku cerita atau buku gambar, anak anda mungkin telah bersedia untuk diperkenalkan bunyi-bunyi huruf kepada anak anda. Oleh itu sambil anda membacakan cerita tersebut, terangkan bunyi huruf yang biasa dilihat yang ada pada teks yang dibacakan. Contohnya 'a', anda boleh menyebut:
"Ah, cuba lihat ini. Ini bunyinya 'aaa' (untuk huruf 'a')"
"Yang ini pula 'beh' (untuk huruf 'b')"
Pastikan anda tidak memperkenalkan huruf yang dilihat itu dengan namanya, iaitu 'ei' bagi huruf 'a', atau 'bi' bagi huruf 'b'. Kanak-kanak hanya perlu diperkenalkan dengan bunyi huruf sahaja iaitu 'aa' (untuk 'a') dan 'beh' (untuk 'b') kerana nama-nama huruf tidak ada makna bagi seorang kanak-kanak kecil. Bahkan mengajar nama-nama huruf, bagi seorang penulis buku, Professor Robert K. Logan dalam bukunya, The Alphabet Effect, mengatakan 'teaching a,b,c is the first road block to reading.'
  

Saturday 7 April 2012

Belajar Membaca Menggunakan Kaedah Fonetik


AJAR ANAK ANDA MEMBACA - BAGAIMANA MENGGUNAKAN KAEDAH FONETIK (BAHAGIAN 1)
Ajar Anak Anda Membaca - Bagaimana Menggunakan Kaedah Fonetik (Bahagian 1)PDFPrintE-mail
Bersama Othman Ahamad
Penulis Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dan ReadEasy
 
Sudahkah anda bersedia untuk belajar membaca? Sebagaimana yang dijelaskan pada isu lepas, anak-anak yang diberi rangsangan yang sesuai akan bersedia untuk belajar membaca seawal usia 3 tahun. Bagaimanapun, apakah kaedah yang sesuai dengan anak-anak anda? Kaedah mengeja? Jangan. Kaedah suku kata? Tidak juga. Gunakanlah kaedah fonetik.
Mengapa? Kaedah fonetik adalah kaedah yang paling sesuai dengan kanak-kanak kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca. Kajian telah menunjukkan bahawa otak membaca dengan memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut atau membaca perkataan itu. Kaedah lain bukan sahaja tidak sesuai untuk kanak-kanak bahkan menyusahkan mereka, lambat, mengelirukan dan membebankan memori.
 
Ada beberapa perkara JANGAN yang perlu ibu bapa tahu supaya tidak menyusahkan anak-anak apabila mengajar membaca.
  1. JANGAN ajar nama-nama huruf contohnya ‘ei’ untuk huruf ‘a’, ‘bi’ untuk huruf ‘b’ dan seterusnya kerana anak-anak yang tahu nama-nama huruf tidak semestinya dapat membaca. Bahkan mengajar mengenal nama huruf a, b, c adalah halangan pertama membaca.
  2. JANGAN ajar anak mengeja-eja huruf pada perkataan-perkataan yang dilihat kerana mengeja melibatkan dua proses iaitu menyebut nama huruf dan membatang pola-pola ejaan.
  3. JANGAN ajar anak mengenal bunyi huruf sambil mengenalkan nama huruf sekaligus, contohnya seperti menyebut ‘ei’ (huruf ‘a’) bunyinya ‘a’ kerana anak tidak perlu tahu nama huruf untuk membaca.
  4. JANGAN ajar anak menghafal mana-mana suku kata atau perkataan apabila mula mengenal perkataan kerana kanak-kanak akan terbeban dengan ratusan pola-pola ejaan yang menyukarkan.
  5. JANGAN ajar huruf-huruf besar dahulu kepada kanak-kanak kerana huruf besar tidak penting kepada kanak-kanak pada peringkat awal.
Jadi apakah yang BOLEH dalam mengajar anak membaca mengikut kaedah fonetik? Membaca mengikut kaedah fonetik melibatkan proses awal berikut; Memperkenalkan bunyi secara sistematik
  1. anak-anak perlu tahu bunyi huruf – iaitu dapat menyebut bunyi dan ingat bunyi huruf yang diajarkan
  2. anak-anak perlu kenal huruf – iaitu bentuk, rupa dan cara tulis huruf tersebut
  3. anak-anak dapat mengaitkan huruf yang dilihat dengan bunyi yang berkaitan.
Kanak-kanak seawal usia 3 tahun dapat mengecam dan membezakan bunyi-bunyi dan bentuk-bentuk pada usia ini. Oleh itu dengan teknik yang betul anak-anak dapat mengenal bunyi dan mengaitkan bunyi tersebut dengan bentuk huruf yang ditunjukkan dengan cepat. Anak-anak dapat menyebut bunyi ‘aa’ apabila melihat huruf ‘a’ (nama huruf ‘ei’) dan bunyi ‘ii’ apabila melihat huruf ‘e’. Sehubungan itu, apabila anak-anak melihat huruf ‘ani’, dia akan menyebut bunyi ‘aa’ ‘nn’ ‘ii’ (iaitu bunyi ani) bukannya ‘ei’ ‘en’ ‘ai’ (bunyi enai).
Beberapa teknik mengajar bunyi boleh dilakukan oleh ibu bapa tetapi kaedah asosiasi adalah yang terbaik. Melalui kaedah asosiasi, bunyi ‘aa’ tersebut boleh dikaitkan dengan aksi terkena api. Sakitkan? Jadi buat aksi orang terkena api sambil menjerit ‘aaaaaaa panasnya!’ Melalui asosiasi ini anak dapat mengingat dan menyebut bunyi dengan lebih berkesan, cepat dan berkekalan. Ikutilah kursus-kursus Bacalah Anakku atau rujuk buku panduan siri cepat membaca Bacalah Anakku.
Sebaik-baiknya ibu bapa tidak perlu memperkenalkan semua bunyi sekaligus. Memadai hanya beberapa bunyi asas terlebih dahulu. Sila dapatkan siri cepat membaca Bacalah Anakku yang telah disusun secara sistematik dalam pemilihan bunyi-bunyi huruf yang sesuai terlebih dahulu. Dengan mengikut susunan siri ini, anak dapat menguasai bunyi dengan lebih teratur dan berkesan. Oleh sebab laras bahasa Melayu terbina daripada gabungan huruf konsonan dengan huruf vokal ‘a’ ‘i’ dan ‘u’ lebih kerap, wajarlah bunyi-bunyi ‘a i u’ diperkenalkan dahulu. Lebih-lebih lagi bunyi-bunyi ini lebih senang disebut oleh kanak-kanak. Seterusnya bunyi-bunyi konsonan lain diperkenalkan satu persatu , contohnya ‘b’ ‘n’ ‘m’ ‘s’ dan ‘k’.
Seterusnya, dengan berpandukan siri cepat membaca Bacalah Anakku, ajar anak-anak membaca gabungan huruf konsonan dan vokal yang diajarkan , contohnya ‘b’ dan ‘a’ ‘i’ dan ‘u’ untuk membaca ‘ba’ ‘bi’ dan ‘bu’. Melalui kaedah fonetik, anak-anak tidak akan mengeja ‘ba’ menjadi “ba” ; tidak juga menghafal suku kata ‘ba’; tetapi mereka membaca dengan menggabung-gabungkan bunyi ‘beh’ (bagi huruf ‘b’) dan ‘aa’ (bagi huruf ‘a’).

Suku Kata VKVK






                                                                                                         adik



Tuesday 3 April 2012


                                            RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh/Hari:   10 Januari /Isnin                                           Masa:  8.10 – 9.10 pagi
Kelas          :    1 Merah                                                       Bil.Pelajar: 31 orang
Mata pelajaran:Bahasa Malaysia
Tema:               Keluarga
Tajuk:                Keluarga Huda       
Isi Kandungan :
 Standard Kandungan:
1.2 –   Mendengar,mengecam dan menyebut bunyi  iaitu abjad,suku kata,perkataan, frasa dan 
            ayat yang diberi dengan betul                                               
2.1-      Asas membaca dengan betul
 Standard Pembelajaran:
 1.2.1-  Membaca bentuk-bentuk,abjad dan membunyikan huruf vokal dengan sebutan yang
             betul.
2.1 .2-  Mengeja dan  membatang suku kata terbuka dengan sebutan yang betul.                                   
Objektif Am:   Pada akhir pengajaran,murid berupaya :
1.      Mengecam dan mengenalpasti bunyi huruf vokal dengan betul
Objektif Khas:
2.      membunyikan tiga huruf vokal dengan sebutan yang betul.
Pengetahuan Sedia Ada: Murid-murid telah mengenal huruf –huruf vokal dan konsonan.
Kosa kata : vokal a,i.u. ibu,ayah,ular,ubat,ikan,adik
Konsep:  Soalan dan bercerita
Bahan Bantu Mengajar:  Kad huruf , kad suku kata dan kad gambar dan lembaran kerja
Nilai:  Kasih sayang,hormat-menghormati, taat dan yakin
TMK: Cd , pemain cd



LANGKAH/
MASA

ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN


AKTIVITI GURU

AKTIVITI MURID

Set Induksi 
5 minit

Nyanyian lagu huruf Abjad
“ A, B, C, D,E ……. F………. Z” 

Memperdengarkan
 nyanyian daripada
cd.




Menyanyi beramai-ramai.
TMK:
Cd,pemain cd

Nilai ;
Kerjasama yakin
BBM
Pemain cd,  cd,kad  huruf.
        1

     20
   minit 


Gambar dengan huruf vokal
http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSieAyHYBlrymUU4qzCVTUa9IpckahuABMvWHm7HQasZ252aF4luA             Ikan
      i                       i
  ibu                     ikan
   http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSK6WuZ5AXUPMJnpGGdkrz-67-BtUzHZlBj2GP_8ne1MgeKd4XO                                                         
        a
    ayah
                   

 http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQygG1sWzBEU7qIE7z5LPW9CyVNw-z7IcGas_DoQOy-u_7q-Y_TiQ         http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRc2R36f60CyNldXr4dNCJlhTDY5ueMcfJmwIDp3E9VsLeUb4cF1g        
        u               a 
  ular              adik
     http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRJSIGDdClY7-0D_dNNV4P0fE5R0CQIbrFNm66Wyi18JCtgvr6DpQ                          
          u                                
         ubat
 Guru menyoal murid;
 1. Siapa tahu gambar apakah ini ?

Guru mengeja
nama
gambar yang
ditunjukkan.






Menerapkan nilai kasih –sayang dan rasa hormat kepada ahli  keluarga.
Menyebut nama
 gambar dan
mengejanya.










Bersoaljawab dengan guru mengenai gambar-gambar yang ditunjukkan dan nilai kasih-sayang dalam keluarga.
 Teknik;
Soaljawab

Nilai:
Kasih- sayang
Keyakinan








BBM:
Kad gambar



        2
   10 minit 




 a bunyinya  a

 i   bunyinya i

 u  bunyinya u

 Membunyikan vokal

a  bunyinya a
i   bunyinya   i
u  bunyinya  u
 Menulis vokal a i,u di udara.

Memberikan doh dan menyuruh murid membentuk  huruf  a ,i,u   dengan menggunakan doh.
Membunyikan vokal.


Menulis vokal di udara.


Membentuk vokal  a i,u dengan menggunakan doh.
Teknik:
Soaljawab



Nilai;
Berani, yakin dan kerjasama.

BBM.
Kad huruf, kad gambar dan doh






      3
10 minit

























Kad huruf vokal

  i a
 
 a
 
  u
 
 









 Menunjukkan  abjad “a”, “i” , “ u”.




Soalan guru.
1) Ini huruf apa ?
2) Apakah bunyinya?

Kerja kumpulan
 Meminta murid memadankan gambar dengan kad huruf yang sesuai.
 a
 
http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSieAyHYBlrymUU4qzCVTUa9IpckahuABMvWHm7HQasZ252aF4luA
http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSK6WuZ5AXUPMJnpGGdkrz-67-BtUzHZlBj2GP_8ne1MgeKd4XO
  i a
 
Ikan
http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQygG1sWzBEU7qIE7z5LPW9CyVNw-z7IcGas_DoQOy-u_7q-Y_TiQ
 u uuu
 
http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRc2R36f60CyNldXr4dNCJlhTDY5ueMcfJmwIDp3E9VsLeUb4cF1g
Bersoaljawab dan berbincang mengenai tugasan yang ditunjukkan.
Menyebut vokal.









Memadankan gambar dengan huruf vokal  dalam kumpulan masing-masing.

Setiap kumpulan menunjukkan hasil kerja kumpulan masing-masing.
Teknik;
Soaljawab

Nilai;
Yakin  dan  sabar.

BBM.
Kad gambar , kad huruf.





Teknik: Soaljawab


Nilai Yakin

KBKK:
Menghubung kait

Menjana idea



      4

Lembaran kerja








10 minit











Penutup
5 minit
 Soalan guru;
1) Ini huruf apa ?
2) Apakah bunyinya?

    a……………..a
    i……………   i
   u………………u

  Huruf  Vokal
http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSieAyHYBlrymUU4qzCVTUa9IpckahuABMvWHm7HQasZ252aF4luA …bu                        http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRJSIGDdClY7-0D_dNNV4P0fE5R0CQIbrFNm66Wyi18JCtgvr6DpQ  ….bat                                                                                               
http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSK6WuZ5AXUPMJnpGGdkrz-67-BtUzHZlBj2GP_8ne1MgeKd4XO …..yah                                  
http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRc2R36f60CyNldXr4dNCJlhTDY5ueMcfJmwIDp3E9VsLeUb4cF1g  ….dik                                                                    
Ikan …kan                                           http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQygG1sWzBEU7qIE7z5LPW9CyVNw-z7IcGas_DoQOy-u_7q-Y_TiQ….lar      
           



   Nyanyian                                
Guru menunjukkan  semula huruf vokal yang telah dipelajari .

Memberi lembaran kerja dan meminta murid menuliskan huruf vokal yang sesuai dengan gambar.



















Meminta murid-murid menyanyi.
Menyebut nama huruf dan membunyikannya.


Menyelasaikan tugasan.























Menyanyi beramai – ramai.
 Teknik;
Soaljawab



Nilai;
Yakin

BBM.
Kad huruf dan lembaran kerja






















Refleksi: Pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancang. Murid-murid dapat melibatkan diri dalam semua aktiviti  pembelajaran. Pemilihan kaedah pengajaran yang melibatkan murid-murid secara langsung memudahkan mereka memahami pelajaran tersebut. Penggunaan alat bantuan mengajar juga memudahkan murid-murid mencapai objektif Objektif tercapai.